Monday 23 May 2011

16 AMANAT KEKASIH ALLAH


  1. Memperbanyakkan & selalu solat sunat taubat setiap kali melakukan dosa @ merasakan diri berdosa.
  2. Menangis & mengadu hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.
  3. Bermunajat (berdialog) secara langsung kepada Allah ketika di tempat yang sunyi. dalam munajat e2 mintala supaya dmatikan dalam keadaan beriman & islam supaya Allah membantu kite yang lemah ini.
  4. Menjauhkan diri daripada perkara yang makruh & haram samada yang zahir mahupun batin.
  5. Sentiasa berwuduk.
  6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia sebaliknya banyakkan berselawat lantaran rindu kepada Rasulullah s.a.w
  7. Perbanyakkan solat dhuha & selepas e2 membaca al quran.
  8. Sentiasa redha dengan Allah.
  9. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa & bertaubat.
  10. Sentiasa beristigfar, bertasbih, & berwirid supaya hati tak lalai.
  11. Jangan berhutang.
  12. Sentiasa ingat mati kerana orang yang mengingati mati dekat dengan Allah.
  13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sendiri & bersangka baik dengan orang lain.
  14. Redha dengan ketentuan Allah samada baik mahupun buruk.
  15. Sentiasa bermanis muka dengan suami & segera meminta maaf jika melalukan kesalahan terhadap suami.
  16. Mengakhiri doa dengan berdoa kepada guru-guru kite.
Ya Allah...istiqamahkan la kami dalam beribadah kepadaMu. kejutkan la kami andai kami terlena dari mengingatiMu serta kekasihMu Rasulullah s.a.w . Jauhkanlah kami dari bisikkan syaitan agar kami sentiasa berada di atas landasanMu yang benar....

Friday 20 May 2011

Sejarah Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

Mesti ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan UTHM kn...kalau tahu pun tentang kuittho. same la tu uthm & kuittho. kuittho nama lame sebelum di naik taraf sebagai universiti. saya sendiri pun tak tahu sebelum ni tentang UTHM. lepas dapat tawaran ke UTHM baru tahu.

Terima kasih kepada seorang kawan dan 'dia' yang banyak bagi dorongan tuk terima tawaran ke UTHM. ingat lagi mase dapat tahu dapat UTHM melalui sms.....tak de slera nak makan, tak tidur,,keje nangis je...huhuhu...kesannya hari pertama menjejakkan kaki ke UTHM mase nk daftar tu demam...banyak sebab yang buat ase berat hati nak terima tawaran tu....

Ni serba sedikit tentang universitiku UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA...

Moto ---> Dengan Hikmah Kite Meneroka
Di tubuhkan pada ---> 1993
Jenis ---> Universiti awam
Canselor ---> DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj Tunku Mahkota Johor
Naib Canselor ---> Profesor Dato' Dr. Mohd Noh bin Dalimin
Lokasi ---> Batu Pahat, Johor
Laman sesawang --->  http://www.uthm.edu.my


UTHM merupakan IPTA yang ke-15 di Malaysia. UTHM mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi dan pendidikan teknik dan vokasional.


Perubahan nama :

  • Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) ---> 1993
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) ---> 1996
  • kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) ---> 2001
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) --->2007
Kolej Kediaman: 
Di UTHM, asrama tempat tinggal siswa & siswi di panggil Kolej Kediaman (KK). istilah ini mula digunakan selepas institut ini mendapat gelaran universiti. istilah lama Desasiswa. KK di UTHM terbahagi kepada dua iaitu dalam kampus & luar kampus.

Dalam Kampus
  • KK Tun Dr Ismail (TDI)
  • KK Tun Fatimah (TF)
  • KK Tun Syed Nasir (TSN)
 Luar Kampus
  • KK Perwira
  • KK Melewar

Alhamdulillah...now, happy sangat kt UTHM.. :)
permulaan di UTHM dengan tangisan hiba...semoga pengakhiran di UTHM tangisan riang bersama segulung ijazah. amin...

Thursday 19 May 2011

Saidatina Khadijah Wanita Terunggul

kite sering mengagung-agungkan artis, selebriti, orang-orang kenamaan tapi kite terlepas pandang tentang insan yang amat berjasa. jauh lebih hebat berbanding insan yang dimulia-muliakan hari ini. mungkin juga kita tak di warwarkan mengenai mereka sehinggakan kite alpa tentang mereka. tapi tak perlu asenye nk meletakkan kealpaan itu pada pihak lain. tepuk dada tanya iman...soalnya hati perlu di bentengkan dengan iman yang teguh agar anasir-anasir luar yang menghasut tidak mampu bermaharaja lela...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit biodata mengenai pendamping Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah. di harap perkongsian ini mampu mengetuk memori kite mengenai beliau. dan mengubat rindu kite terhadap wanita mulia ini...

Nama sebenar ---> Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay.
Tokoh ---> tokoh perniagaan yang kaya raya.
Perkahwinan ---> Bergelar isteri ketika berumur 40 tahun, merupakan isteri pertama Rasulullah s.a.w

Peribadi
  • Taat kepada perintah Allah
  • Berakhlak mulia
  • Seorang dermawan
  • sabar
  • Tabah & cekal
  • penyayang
Sumbangan
  • mendermakan semua hartanya
  • sentiasa disisi Nabi saat susah & senang
  • sentiasa memberi dorongan kepada Nabi dalam dakwah
  • setia kepada Nabi walau sering ditinggalkan ketika Nabi berdakwah
kite sanggup berhabis duit & masa tuk vote artis-artis, tapi mengapa tidak kite luang sedikit masa memanjatkan doa buat insan-insan yang banyak berkorban demi agama kite???,duit tak abis pahala pun dapat...Tepuk Dada Tanya Iman...

...Buat diriku jugak yang sering alpa...

Wednesday 18 May 2011

Ku Tetap Menanti

ku tetap menanti....antara lirik lagu yang memang menyentuh hati..

meski dirimu bukan milikku
namun hatiku tetap untukmu
berjuta pilihan disisiku
takkan bisa mengantikanmu

walau badai menerpa
cintaku takkan ku lepas
berikan kesempatan untuk membuktikan
ku mampu menjadi yang terbaik
dan masih menjadi yang terbaik

ku akan menanti
meski harus penantian panjang
ku akan tetap setia menunggumu
ku tahu kau hanya untukku

biarla waktuku
habis oleh penantian ini
hingga kau percaya betapa besar
cintaku padamu ku tetap menanti

walau badai menerpa
cintaku takkan ku lepas
berikan kesempatan untuk membuktikan
ku mampu jadi yang terbaik
dan masih jadi yang terbaik

ku akan menanti
meski harus penantian panjang
ku akan tetap setia menunggumu
ku tahu kau hanya untukku

biarla waktuku
habis oleh penantian ini
hingga kau percaya betapa besar
cintaku padamu ku tetap menanti

penantian panjang

ku akan menanti
meski harus penantian panjang
ku akan tetap menunggumu
ku tahu kau hanya hanya untukku

biarla waktuku
habis oleh penantian ini
hingga kau percaya betapa besar
cintaku padamu ku tetap menanti

cintaku padamu
ku tetap menanti

meski dirimu bukan milikku
namun hatiku tetap untukmu...

andai "dia" mengerti...ku kreditkan khas buatmu...bukan untuk tatapan tapi buat penghayatan tika dirimu kesepian...im waiting for u...just for u...selagi di izinkan Tuhan...