Thursday 29 December 2011

LA TAHZAN (Ep. Aku Tanpa CintaMu)

Assalamualaikum...muqaddimah bicara.
menangis, meratap, menyendiri dan menyepi bukanlah sesuatu yang asing buat diri seorang insan yang kecewa. apatah lagi buat hamba yang teramat muda untuk mengerti apa itu cinta. kecewa dalam percintaan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan remaja kini. lemahnya iman ceteknya ilmu agama membuatkan ujian yang sebesar zarah itupun terasa berat untuk ditanggung. hanya kerana sebuah kehilangan cinta manusia, semangat yang dulunya setinggi gunung everest sekelip mata lebur tersunggul menyembah bumi. hati merintih, melaung, menangis atas kehilangan itu dan ada kalanya terdetik menyalahkan takdir yang memisahkan dua hati yang dulunya saling menyayangi. Namun, pernahkah kita memunasabah hari-hari yang telah dilalui bersama insan tercinta itu? Di mana letakknya iman apabila berduaan dengan sidia? di mana tercampaknya haram halal? . Bila di check ternyata bersama si dia bukanlah yang terbaik. mana tidaknya iman tercicir, dosa diraih, neraka dibooking. bila ingat Allah? apabila kesedihan melanda, masalah menghujan, hati disakiti barulah Allah dicari, Allah dipanggil. bagaimana pula islam? di mana letakknya agama? apabila cinta manusia di anggongkn, cinta diperjuangkan, cinta dijadikan matlamat utama kehidupan, islam hanyalah pada istisyarah dan istikharah.

Allah maha penyayang...melihat hanyutnya seorang hamba angkara cinta yang disemai, cepat-cepat Dia menarik kembali Hamba itu ke pangkuanNya agar tidak jauh dihanyut ombak cinta. Duhai hati yang sengsara, duhai jiwa yang kelukaan lantaran cinta ingatlah, sedarlah, bangunlah dan lihatlah bahawa perpisahan itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Bayangkan andai Allah membiarkan kite terus bergelumang dengan dosa angkara maksiat yang kita lakukan bagaimana agaknya nasib kita di akhirat nanti? andai malaikat maut datang untuk menjalankan tugasnya ketika belum sempat kita bertaubat, disaat kita sedang bersahabat baik dengan maksiat bagaimana agaknya penerimaan Allah terhadap roh kita? dimana selayaknya kita diakhirat kelak? mampukah dengan hitungan dosa dan maksiat itu kita meraih syurgaNya? tepuk dada tanya iman...

~ InsyaAllah bakal disambung... ~

# Syukran Ya Allah atas pengalaman ini. rayuku tetapkanlah imanku ini agar sejarah tak berulang lagi #

Saturday 5 November 2011

BERMULANYA SEBUAH PENGORBANAN

Dimana usulnya Aidiladha??...
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Siti Hajar berkata, "mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur, tapi kalau mimpi itu merupakan wahyu wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibuya, Ismail berkata kepada bapanya, "ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah swt, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."
 
Keesokan harinya Nabi Ibrahim membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Orang ramai mengetahui tentang berita Nabi Ibrahim hendak menyembelih puteranya. Orang ramai merasa takut dan mengatakan Nabi Ibrahim gila. Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah swt terhadapnya.

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, anaknya berkata, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkuh tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat pada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim melaksanakan perintah yang Allah swt perintahkan dalam mimpinya. Baginda mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Darah terpecik mengenai badan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menggeletar dan membuka penutup matanya. Nabi Ibrahim sangat terperanjat apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah swt, kedua-duanya berpelukan sambil bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksana amanat dari Allah swt.

"SALAM AIDILADHA"

Wednesday 19 October 2011

AURAT KITE, MARUAH KITE


Islam da mengangkat martabat kite kaum hawa.
Syarat, peraturan, suruhanNya bukan utk myusahkan.
Tapi untuk menjaga maruah kite.
Tingginye darjat kite di mata islam.
Tapi malangnye kite yg merendahkan martabat kte,
Syarat, peraturan, suruhanNya diketepikan.
Kenapa perlu myusahkan diri dlm berpakaian terutamanya.
Selesa ke pakai ketat2, nipis2, singkat2??
Islam melarang ade sebabnye, ade kesannye.
Islam bukan menyuruh utk MEMBALUT aurat tapi islam myuruh utk MENUTUP aurat.
Kesian kan kt kaum2 adam yg diantaranye ialah ayah, abang, adik, saudara dan BAKAL SUAMI kite. Mana taknye sana sini tayangan free ade.  Kesiannye mereka..tergugat iman mereka. Dosa lg dapat.  Bile da dosa yg kite dapat neraka la tempatnye..nauzubillah.. bagaimana pula kite yg mensponsorkan tayangan tu?? Jawapannye 2kali ganda dosa yg bakal kte dapat. Xde sape kan yg nk menempah neraka?? So, kalau SAYA, kamu, anda, dia, kite, kami, kalian sayangkan ayah, abang, adik, saudara dan suami jgn la kite memberi mereka tiket utk ke neraka. Tak perlu la nk menyeksikan diri kalau SAYA dan kalian tidak mahu terseksa di akhirat kelak.Hidup di dunia hanyala persinggahan. Akhirat jua yg abadi. Jom mencari titik perubahan. Tiada sesape yg dapat mengubah kite melainkan diri kte sendiri.  Takkan nk tunggu 2 tahun lg atau 10 tahun lg untuk berubah. SAYA dan kalian yakin ke kite masih d alam ini ketika itu?? Tepuk dada tanye iman… tujuan kite di alam persinggahan ini mengutip seberapa banyak ---> PAHALA . Kenapa perlu kumpul pahala?? Sebabnya --->SYURGA <--- ini la matlamat kite.

“Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kami hidayah dan taufiqMu sepanjang kami merantau di alam ini. Bukakanlah pintu hati kami kearah kebaikan dan kuncikanlah hati kami kearah kejahatan .  sesungguhnya kami hambaMu yang teramat membutukan pertolonganMu. Pandulah kami ke jalan yg Engkau redhai agar kami tidak tersasar dari landasan yang telah Engkau tetapkan. Amin…”

SIAPA DIA YA ALLAH???

MasyaAllah...indahnya perasaan yang Kau titipkan buatku. tak terucap indahnye nikmat perasaan yg Kau tanamkan pada sekeping hati ini. Ya Allah, andai aku la pemilik tulang rusuknya, kau suburkanlah perasaan ini dengan bersandarkan ketaqwaan kami terhadapMu agar hari-hari yang kami tempuhi tidak suram dan sepi. namun, andai bukan dia bakal imam yang akan membimbingku kelak, pintaku pudarkan la perasaan ini. sesungguhnya kekecewaan itu sangat perit untuk aku hambaMu yg lemah ini menghadapinya.
Ya Allah yang maha mengetahui...sekiranya aku mendapat pengganti kepada insan yang sebelum ini menjadi sebahagian dari hidupku, mohon dan rayuku agar Engkau menganugerahkan aku seorang hambaMu yang dapat mendorongku menjadi hamba yang taat kepadaMu.



Hadirnya tanpa aku sedari membuka pintu hatiku yang sengaja dikunci dari menerima insan lain setelah dikhianati. subhanaAllah...peribadinya mencuit hatiku untuk lebih mengenalinya serta bicaranya yang mampu mendamaikan jiwa ini. Ya Allah...jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.



Tuhanku yang maha penyayang...tiada kata yang dapat aku kalungkan buatMu tanda bersyukurnya aku terhadap hidayahMu. disaat aku hampir mula membuka hati ini, kau kejutkan aku dengan amaranMu tanda kasihMu terhadapku yang tidak mahu aku sekali lagi dikecewakan. Ya Allah..sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui dan memahami hati dan perasaan kami. andai aku tidak memahami perasaannya, aku memohon padaMu lapangkanlah nur untuk aku mengetahui dan mengerti perasaannya. dan andainya dia tidak memahami ape yang aku alami, pintaku Kau berikanlah pengertian itu buatnya. permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah...

Wednesday 22 June 2011

ZIKIR HARIAN

Titipan ini merupakan wirid harian yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali. Sesiapa yang istiqamah mengamalkan wirid harian ini insyaAllah hidupnya diberkati Allah, dikekalkan Taufiq dan Hidayah serta mati dalam iman. InsyaAllah...moga kite antara mereka yang istiqamah mengamalkannya dan mendapat ganjaran yang di janjikan itu. amin..



    * Di bace sebanyak 1000 kali


Kelebihannya :
Hari Isnin ----> menghilangkan sifat menunjuk-nunjuk, riak, keji, takabbur, dan sayangkan dunia
Hari Selasa ----> Allah ampunkan dosa 1 tahun 
Hari Rabu ----> sekali sebut hilang 1 titik hitam dlm hati kite (1 titik hitam adalah dari 1 dosa yg kite          lakukan. jika tak menghilangkannya walaupun bersembahyang kite akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dlm hati kite )
Hari Khamis ----> Allah ampunkan dosa sebanyak buih di lautan dan sekali kite sebut tumbuh 1 pohon syurga untuk kite di taman syurga
Hari jumaat ----> Allah hampir kepada kite, rajin beribadah, tidak malu untuk menutup aurat bagi perempuan
Hari Sabtu ----> senang hati, aman dan tenteram
Hari Ahad ----> Allah memelihara kite

Selamat beramal...semoga dengan amalan zikir harian ini menambahkan lagi kasih dan cinta kite kepada Allah s.w.t dan moga segala amalan yang kite laksanakan mampu menggerakkan kite setapak demi setapak ke syurga idaman..amin...

Sunday 5 June 2011

khasiat Syifa'

Segala ubat berfungsi sebagai perantaraan atau asbab, dan usaha kite sebagai hamba Allah yang tetap yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t adalah musabab. Dan Allah lah yang menentukan kesembuhan seseorang. InsyaAllah selawat Syifa' juga boleh dijadikan amalan untuk menyembuhkan penyakit. Selawat Syifa' merupakan antara medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit..InsyaAllah.. Selawat ini boleh dibaca pada air atau ubat tradisional.

Maksudnya : 

" Ya Allah rahmatilah penghulu kami Muhammad, penyembuh, dan  pengubat bagi hati-hati, kesihatan badan serta kesejahteraan. Cahaya bagi penglihatan dan sinarannya. Kekuatan tubuh badan, roh-roh dan makanan dan keatas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya. Berilah kesejahteraan. "

Selawat syifa' ini amat berkhasiat jika diamalkan setiap hari. antaranya :

  • Menyihatkan jasmani dan rohani
  • Keselamatan di dunia dan akhirat
  • Hati menjadi terang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah
  • Tubuh badan menjadi kuat
* Jika dibaca 3 kali selepas solat 5 waktu, ia dapat menghilangkan kebuntuan dan susah hati. Jika dibaca pada air dan diminum insyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.

p/s buat diri sendiri & sahabat-sahabat : selamat beramal...

Monday 23 May 2011

16 AMANAT KEKASIH ALLAH


  1. Memperbanyakkan & selalu solat sunat taubat setiap kali melakukan dosa @ merasakan diri berdosa.
  2. Menangis & mengadu hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.
  3. Bermunajat (berdialog) secara langsung kepada Allah ketika di tempat yang sunyi. dalam munajat e2 mintala supaya dmatikan dalam keadaan beriman & islam supaya Allah membantu kite yang lemah ini.
  4. Menjauhkan diri daripada perkara yang makruh & haram samada yang zahir mahupun batin.
  5. Sentiasa berwuduk.
  6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia sebaliknya banyakkan berselawat lantaran rindu kepada Rasulullah s.a.w
  7. Perbanyakkan solat dhuha & selepas e2 membaca al quran.
  8. Sentiasa redha dengan Allah.
  9. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa & bertaubat.
  10. Sentiasa beristigfar, bertasbih, & berwirid supaya hati tak lalai.
  11. Jangan berhutang.
  12. Sentiasa ingat mati kerana orang yang mengingati mati dekat dengan Allah.
  13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sendiri & bersangka baik dengan orang lain.
  14. Redha dengan ketentuan Allah samada baik mahupun buruk.
  15. Sentiasa bermanis muka dengan suami & segera meminta maaf jika melalukan kesalahan terhadap suami.
  16. Mengakhiri doa dengan berdoa kepada guru-guru kite.
Ya Allah...istiqamahkan la kami dalam beribadah kepadaMu. kejutkan la kami andai kami terlena dari mengingatiMu serta kekasihMu Rasulullah s.a.w . Jauhkanlah kami dari bisikkan syaitan agar kami sentiasa berada di atas landasanMu yang benar....

Friday 20 May 2011

Sejarah Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

Mesti ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan UTHM kn...kalau tahu pun tentang kuittho. same la tu uthm & kuittho. kuittho nama lame sebelum di naik taraf sebagai universiti. saya sendiri pun tak tahu sebelum ni tentang UTHM. lepas dapat tawaran ke UTHM baru tahu.

Terima kasih kepada seorang kawan dan 'dia' yang banyak bagi dorongan tuk terima tawaran ke UTHM. ingat lagi mase dapat tahu dapat UTHM melalui sms.....tak de slera nak makan, tak tidur,,keje nangis je...huhuhu...kesannya hari pertama menjejakkan kaki ke UTHM mase nk daftar tu demam...banyak sebab yang buat ase berat hati nak terima tawaran tu....

Ni serba sedikit tentang universitiku UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA...

Moto ---> Dengan Hikmah Kite Meneroka
Di tubuhkan pada ---> 1993
Jenis ---> Universiti awam
Canselor ---> DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj Tunku Mahkota Johor
Naib Canselor ---> Profesor Dato' Dr. Mohd Noh bin Dalimin
Lokasi ---> Batu Pahat, Johor
Laman sesawang --->  http://www.uthm.edu.my


UTHM merupakan IPTA yang ke-15 di Malaysia. UTHM mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi dan pendidikan teknik dan vokasional.


Perubahan nama :

  • Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) ---> 1993
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) ---> 1996
  • kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) ---> 2001
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) --->2007
Kolej Kediaman: 
Di UTHM, asrama tempat tinggal siswa & siswi di panggil Kolej Kediaman (KK). istilah ini mula digunakan selepas institut ini mendapat gelaran universiti. istilah lama Desasiswa. KK di UTHM terbahagi kepada dua iaitu dalam kampus & luar kampus.

Dalam Kampus
  • KK Tun Dr Ismail (TDI)
  • KK Tun Fatimah (TF)
  • KK Tun Syed Nasir (TSN)
 Luar Kampus
  • KK Perwira
  • KK Melewar

Alhamdulillah...now, happy sangat kt UTHM.. :)
permulaan di UTHM dengan tangisan hiba...semoga pengakhiran di UTHM tangisan riang bersama segulung ijazah. amin...

Thursday 19 May 2011

Saidatina Khadijah Wanita Terunggul

kite sering mengagung-agungkan artis, selebriti, orang-orang kenamaan tapi kite terlepas pandang tentang insan yang amat berjasa. jauh lebih hebat berbanding insan yang dimulia-muliakan hari ini. mungkin juga kita tak di warwarkan mengenai mereka sehinggakan kite alpa tentang mereka. tapi tak perlu asenye nk meletakkan kealpaan itu pada pihak lain. tepuk dada tanya iman...soalnya hati perlu di bentengkan dengan iman yang teguh agar anasir-anasir luar yang menghasut tidak mampu bermaharaja lela...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit biodata mengenai pendamping Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah. di harap perkongsian ini mampu mengetuk memori kite mengenai beliau. dan mengubat rindu kite terhadap wanita mulia ini...

Nama sebenar ---> Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay.
Tokoh ---> tokoh perniagaan yang kaya raya.
Perkahwinan ---> Bergelar isteri ketika berumur 40 tahun, merupakan isteri pertama Rasulullah s.a.w

Peribadi
  • Taat kepada perintah Allah
  • Berakhlak mulia
  • Seorang dermawan
  • sabar
  • Tabah & cekal
  • penyayang
Sumbangan
  • mendermakan semua hartanya
  • sentiasa disisi Nabi saat susah & senang
  • sentiasa memberi dorongan kepada Nabi dalam dakwah
  • setia kepada Nabi walau sering ditinggalkan ketika Nabi berdakwah
kite sanggup berhabis duit & masa tuk vote artis-artis, tapi mengapa tidak kite luang sedikit masa memanjatkan doa buat insan-insan yang banyak berkorban demi agama kite???,duit tak abis pahala pun dapat...Tepuk Dada Tanya Iman...

...Buat diriku jugak yang sering alpa...

Wednesday 18 May 2011

Ku Tetap Menanti

ku tetap menanti....antara lirik lagu yang memang menyentuh hati..

meski dirimu bukan milikku
namun hatiku tetap untukmu
berjuta pilihan disisiku
takkan bisa mengantikanmu

walau badai menerpa
cintaku takkan ku lepas
berikan kesempatan untuk membuktikan
ku mampu menjadi yang terbaik
dan masih menjadi yang terbaik

ku akan menanti
meski harus penantian panjang
ku akan tetap setia menunggumu
ku tahu kau hanya untukku

biarla waktuku
habis oleh penantian ini
hingga kau percaya betapa besar
cintaku padamu ku tetap menanti

walau badai menerpa
cintaku takkan ku lepas
berikan kesempatan untuk membuktikan
ku mampu jadi yang terbaik
dan masih jadi yang terbaik

ku akan menanti
meski harus penantian panjang
ku akan tetap setia menunggumu
ku tahu kau hanya untukku

biarla waktuku
habis oleh penantian ini
hingga kau percaya betapa besar
cintaku padamu ku tetap menanti

penantian panjang

ku akan menanti
meski harus penantian panjang
ku akan tetap menunggumu
ku tahu kau hanya hanya untukku

biarla waktuku
habis oleh penantian ini
hingga kau percaya betapa besar
cintaku padamu ku tetap menanti

cintaku padamu
ku tetap menanti

meski dirimu bukan milikku
namun hatiku tetap untukmu...

andai "dia" mengerti...ku kreditkan khas buatmu...bukan untuk tatapan tapi buat penghayatan tika dirimu kesepian...im waiting for u...just for u...selagi di izinkan Tuhan...

Saturday 30 April 2011

Malaikat Maut merenung wajah kite sebanyak 70 kali dlm mase 24jam

kadang-kadang "sesuatu" itu kite tahu dan kite mengerti tapi mungkin kite terlepas pandang atau mungkin terlupa tuk menghayati. ape salahnya kite sesama islam saling berkongsi saling mengingat dengan 1 tujuan beramai-ramai menghuni syurga idaman. matlamat kite hanya 1 iaitu syurga. rite? so jom la kite mencari dan menerangi jalan menuju syurga itu. salah 1 caranya jom ramai-ramai kite mengetuk pintu hati kawan-kawan kite untuk saling ingat mengingati agar kite tidak hanyut d buai mimpi. apabile hanyut oleh ombak dunia, kite akan sesat mencari jalan syurga dan yang terbentang luas jalan ke neraka. nauzubillah..semoga kite & saudara-saudara seislam kite tidak tersesat. so, jom la kite ingat mengingati supaya tak sesat (dengan kata lain hilang punca)...disini saya ingin berkongsi dengan harapan perkongsian ini mampu mengetuk pintu hati kawan-kawan sekalian. sedar atau tidak, dalam masa 24jam sebanyak 70 kali malaikat maut iaitu Izrail melihat dan merenung wajah kite. kalaulah kite dapat melihat perbuatan Izrail pasti setiap detik kite akan mengingati kematian. tetapi malaikat maut makhluk ghaib, manusia tak dapat melihat kehadirannya. tak hairanlah kalau setiap kali Izrail memandang wajah kite, kite mampu bersenang lenang, bergelak ketawa seolah- olah kite sudah bersedia untuk di jemput oleh malaikat maut untuk mengadap yang Maha Esa. sedangkan bekalan kite yang ade hanya sebesar zarah. 
hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
kite sering mengaitkan kematian dengan suatu tragedi.
A :  kenapa C meninggal?
B : C xcident kt bandar petang tadi / dah lame C sakit, dia meninggal pun sebab penyakit tu. 
 kite tak sedar sebenarnye malaikat maut berlegar-legar di sekeliling kite untuk mencabut nyawa kite. apabila sampai waktunya tanpa berlengah sesaat pun malaikat maut akan menjalankan tugasnya. tak kira dalam ape keadaan pun kite pada ketika itu.
malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit je, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. malah orang yang sedang lena tidur atau beristirehat pun boleh d jemput oleh malaikat maut. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau dalam kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
kesakitan, malapetaka dan lain-lain hanyalah penyebab kemtian seseorang. Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. 
Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang dalam kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
Ya Tuhanku Yang Maha Mengetahui... andai kami ditakdirkan meninggalkan bumiMu ini tuk kembali kepadaMu, ambillah nyawa kami dalam keadaan kami beriman & bertakwa kepadaMu. dan berilah kekuatan kepada keluarga kami untuk menerima qada' & qadarMu. Ya Tuhanku Yang Maha Mendengar...persiapkanlah diri kami untuk menemuiMu agar kami tidak tergolong dalam kalangan hamba-hambaMu yg rugi dunia & akhirat. amin... 
(semoga kite sentiasa di redup oleh taufik & hidayahNya)

Wednesday 27 April 2011


Alhamdulillah...selesai suda 1 paper. ak harap sangat dpt A paper ni sbb ni la satu2nye paper in malay tuk sem ni. walaupun agak kurang minat dgn sejarah tp ak paksakan diri jugak menelaah buku2 tamadun islam tu. nk termuntah pn ade. alhamdulillah ak dapat habiskan sume bab dgn agak ok. jiwa tenang tanpa anasir2 luar yg menganggu. dan malam sebelum final ak sempat jugak intai2 soalan past year. sekali lg syukur alhamdulillah banyak jugak soalan past year yg kluar td. sedang ak meneliti soalan past year yg dphotocopy oleh kak lina tibe2 terasa seolah2 ak dkejutkan dari lena. entah knp ak tersentak mengingatkan "dia". ak meneruskan menjawab soalan yg hanya berbaki 3/4 soalan tanpa mempedulikan ingatan tu. terasa bagai dluar sedar, aku hilang fokus. fikiran hanya memikirkan "dia" , terbayang memori kami. nk je ketika tu ak call dia tp ak batalkan niat tu krn teringat perbualan dia & housematenya yg sangat menguris perasaan ak. 





Aku gagahkan jua menghabiskan soalan yg berbaki itu, namun sekali lagi ak hilang fokus seolah2 d awan- awangan. memandangkan jam menghampiri 1 pagi, ak cube tuk lenakan diri. hati dan fikiran terasa berombak. ingin melelapkan mata tapi terasa ilmu belum cukup untuk berperang esok namun jam sudah melewati embun2 pagi. dalam hati hanya mampu berkata " ak dah berusaha sedaya yg boleh, dan sekarang ak hanya mampu bertawakal kepada Allah." . jauh d sudut hati berharap moga2 bekalan yg ak sediakan ini mencukupi untuk peperangan selama 2 jam esok pagi. lebih kurang setengah jam memanjakan kepala di bantal ak masih lagi tidak terlena malah langsung xde rase mengantuk. tak hairan la malam2 sebelumnya pn ak agak susah tidur kecuali jika kurang sihat. ingat lagi, sem lepas ak terpaksa mengambil ubat tidur sbb sukar tidur dan esoknya kuliah ak terganggu sbb sakit kpale dan mengantuk. utk mengatasi problem tu ak ke pku (pusat kesihatan universiti) tuk mendapatkan pape ubat supaya dpt tidur. ak dberi ubat tidur dalam dos yg sedikit mgkin krn dkhuatiri akan berlaku penyalahgunaannya nanti. malam tu kul 10 malam ak dh terlena. tak sedar langsung. sampaikan terover sleep. dan terponteng kelas pagi. makan ubat tidur konon2nya nk atasi problem ngantuk dlm kelas tp lain lak jadinya. terponteng kelas lak...








F
ikiran masih lagi teringat kt "dia". kadang2 rase diri ni bodoh sangat, ak je ingat dia tp dia entah ingat entah tak kt ak. kadang2 hati terdetik "bila kite ingat kt org, org akan ingat kt kite".. dah jam bape pn tak pasti mase tu, mata tak lepas dari memandang fon. memang ak tak nafikan sepanjang pagi tu ak menanti sekurang2nya 1 msj wish something tp harapan tinggal harapan. mungkin sebab hari tu dia dh wish gud luck so, malam td dh tak perlu wish lg. sesekali bibir ni memanggil2 "dia" dalam nada yg agak perlahan. sebelum air yang mula bertakung gugur cepat2 ak membasahkan bibir dengan selawat. dan akhirnya ak terlelap bersama alunan zikir..walaupun tidak berapa lena mungkin krn nervous first paper ak bersyukur sangat at least ak dkuatkan semangat tuk melakukan yg terbaik tuk paper TITAS tadi dan insyaAllah tuk 3 lagi paper yg bakal menyusur. Ya Allah...kuatkanlah semangatku utk menuntut ilmuMu, berilah ak keputusan yg cemerlang. walau bukan utk aku sekalipun tolonglah demi ma dan ayahku yg menggunung harapan itu untuk melihat kejayaanku dunia dan akhirat serta permudahkanlah segala urusanku. amin...  






Monday 25 April 2011

lemahnya aku

Ya Allah..tabahkanlah aku.. tak terpikul rasenye ujian yg Kau berikan ini. tolongla gantikan dgn ujian lain yg tak melibatkan perasaan..ak tak kuat menghadapi ujian ini. tolong aku Ya Allah...berilah aku petunjukMu untuk keluar dari lingkup seksaan ini. aku mengakui aku hambaMu yg sangat lemah, aku tak terdaya melawan ujianMu .. aku dh cube sedaya upaya untk meniti setiap ujianMu namun aku gagal..tolongla jgn uji aku dgn prasaan... :'(  

Tuesday 19 April 2011

Terlerai janji

http://www.youtube.com/watch?v=4XrzRSL_SrE&feature=related

lemas dhanyut ombak penipuan

xtau nk caye sape. ak ase dlm dunia xde sape yg bleh d percayai. knp ak d kelilingi org2 yg mperbodohkn ak. pe salah ak kt korng. sedangkn sblm ni ak x pnah knal dia. knp tibe2 timbul hal ni. dh la ganggu hidup ak. sampai bile nk pbodohkn ak. x ckup lg ke pe yg dh ak lalui sebelum ni. bagi la ak ruang tuk hidup dgn tenang. 
Ya Allah...keluarkanlah ak dari dunia penipuan ni. ak dh penat lalui keperitan ini. perjalanan hidup ni jauh lg, luruskan lah perjalanan hidupku mencapai impianku. ak tak mahu tgolong dlm kalangan hamba2Mu yang rugi dunia akhirat...aku dh tak larat lg berdepan sume ni.. :'(

Monday 18 April 2011

tiada kata dapat mengambarkannya

Bila sendirian terbayang wajahmu
Bila kerinduan terasa cintamu
Bilakeresahan inginku dibelai
Sepenuh kasih dan sayang...

Bila ku terluka terseksanya hati
Bila kau tiada kusetia menanti
Pernah kumencuba lupakan dirimu
Tapiku tak daya menanggung rindu

Sukarnya untukku berpisah denganmu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Meronta hatiku menangis kernamu
Kau kunci cintaku didalam hatimu

Sehingga kulemas bila kau tiada di sisiku
Bawalah daku bersama denganmu
Dan janganlah engaku biar kusendiri
Dulu dan kini hingga selamanya
Engkaulah kesayanganku...

pahitya kenyataan

Akhirnya berakhir jua hubungan yang aku pertahankan selama ini. sukarnya menempuh hari-hari mendatang, terasa lemah kaki ini melangkah dibumi nyata. andai dia mengerti hatiku....Ya Allah, jauhkanlah ingatanku terhadapnya...tolong aku Ya Tuhanku... :'(
semoga dia mendapat kebahagiaan dan kebebasan yang di carinya. amin...

Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi
Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi



andai kau mengerti pasti kau memahamiku...
tak daya aku menahan segala perasaan ini...

Wednesday 13 April 2011

Lavender's Photo Slideshow

Lavender's Photo Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Lavender's Photo Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Tuesday 12 April 2011

TITIAN MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

“Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)