Wednesday 28 March 2012

Malaikat Maut menatap wajah kite sebanyak 70kali dalam mase 24jam

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum iman,moga lebih meningkat berbanding semalam. mukadimah bicara disusun agar segalanya rapi pada kasarnya walau terselit kekurangan pada halusnya...kadang-kadang "sesuatu" itu kita tahu dan kite mengerti tapi mungkin kite terlepas memandangnya atau mungkin terlupa untuk menghayatinya..disini ana ingin berkongsi sesuatu yang pada ana perlu kita tahu dan ambil tahu dengan harapan perkongsian ini mampu mengetuk pintu hati ana dan sahabat sekalian.
sedar atau tidak, dalam masa 24jam sebanyak 70 kali malaikat maut iaitu Izrail melihat dan merenung wajah kite. kalaulah kite dapat melihat perbuatan Izrail pasti setiap detik kite akan mengingati kematian. tetapi malaikat maut makhluk ghaib, manusia tak dapat melihat kehadirannya. tak hairanlah kalau setiap kali Izrail memandang wajah kite, kite mampu bersenang lenang, bergelak ketawa seolah- olah kite sudah bersedia untuk di jemput oleh malaikat maut untuk mengadap yang Maha Esa. sedangkan bekalan kite yang ade hanya sebesar zarah. hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

kite sering mengaitkan kematian dengan suatu tragedi.

A : kenapa C meninggal?

B : xcident kt bandar petang tadi / dah lame C sakit, dia meninggal pun sebab penyakit tu.

kite tak sedar sebenarnye malaikat maut berlegar-legar di sekeliling kite untuk mencabut nyawa kite. apabila sampai waktunya tanpa berlengah sesaat pun malaikat maut akan menjalankan tugasnya. tak kira dalam ape keadaan pun kite pada ketika itu.malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit je, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. malah orang yang sedang lena tidur atau beristirehat pun boleh d jemput oleh malaikat maut. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau dalam kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat. kesakitan, malapetaka dan lain-lain hanyalah penyebab kemtian seseorang. Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang dalam kalangan mereka.

Thursday 22 March 2012

Bermulanya Sebuah Usrah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, mukadimah bicara bertaut lagi setelah sekian lama terkunci sepi. Alhamdulillah diberi kesempatan yang maha kuasa untuk berbicara tanpa suara di alam siber. insyaAllah entry kali ini dan berikutnya akan ana selitkan sedikit perkongsian mengenai pengisian ana bersama sahabat-sahabat ana dalam usrah kami. insyaAllah setiap hari khamis akan kami bersua untuk sebuah usrah dan pengisian tersebut akan ana titipkan diteratak ana yang serba kekurangan ini. moga segala bagai yang bakal ana publishkan menjadi satu peringatan serta ilmu yang bermanfaat buat ana dan sahabat-sahabat sekalian..

Saturday 7 January 2012

LA TAHZAN (Ep. Bertabahlah Duhai Hati)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Suram, kelam, mendung..sesuram sekelam dan semendung gerimis di hati. tiada kata tiada lafaz yang dapat mengambarkan coraknya hati di kala ujian Allah bertamu. hanya manik-manik putih yang mampu menyapu pipi.hadirnya hanyalah sebagai isyarat pilunya hati, sepinya jiwa berkecainya perasaan dan tersungkurnya diri. masalah yang bertimpa, ujian yang menghujan membuatkan dada terasa amat sempit. dunia seolah-olah mahu saja dihentikan dari putaran paksinya. kita mencari dimana hilangnya kebahagiaan yang dulunya sering bertaut disisi. namun, bayang-bayang kebahagiaan pun tak dapat kite jejaki. inilah gambaran yang dapat divisualkan apabila Allah memanah tepat pada kelemahan manusia iaitu hati, perasaan, jiwa dan emosi.
Mengapa menanggis wahai diri? mengapa berduka duhai jiwa? jangan pernah merasakan Tuhan tak lagi endah, tak lagi sudi memandang dan tak lagi kasih kepada kita..ingatlah dan pujuklah jiwa yang kosong itu, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Apapun yang kita hadapi dalam hidup ini berusahalah untuk ikhlas dan harus ingat bahawa kite dihadapkan pada situasi di mana kita dapat melaluinya dengan kebajikan dan kesabaran. memang tidak dapat dinafikan kesabaran dan ketabahan sangat sukar untuk dilakukan dan musibah itu amatlah perit dan berat untuk dipikul. namun semailah benih keyakinan dalam diri kita yang lemah ini. yakinlah Allah akan menolong jika kita teguh dalam keyakinan. masih ingat lagi akan bait-bait ayat cinta Allah? " jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan sesungguhnya demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' iaitu orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan kembali kepadaNya. " (Al-Baqarah : 45-46).
Buat diri ini dan sahabat-sahabatku yang saat dan detik ini sedang di uji hebat oleh Pemilik nyawa kite, apepun bentuk ujian itu bergembiralah dan bersabarlah kerana ini membuktikan Allah masih sayang dan pedulikan kita. lantaran itu, Allah menitipkan kita berbagai onak dan duri dalam meniti kehidupan yang singkat ini supaya kite menjadi kuat, mulia, hebat dihadapanNya dan kerana Allah lebih tahu apabila Dia memanah tepat disudut kelemahan kita, kita dengan sendirinya mencari pencipta kita. subhanaAllah...

Thursday 29 December 2011

LA TAHZAN (Ep. Aku Tanpa CintaMu)

Assalamualaikum...muqaddimah bicara.
menangis, meratap, menyendiri dan menyepi bukanlah sesuatu yang asing buat diri seorang insan yang kecewa. apatah lagi buat hamba yang teramat muda untuk mengerti apa itu cinta. kecewa dalam percintaan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan remaja kini. lemahnya iman ceteknya ilmu agama membuatkan ujian yang sebesar zarah itupun terasa berat untuk ditanggung. hanya kerana sebuah kehilangan cinta manusia, semangat yang dulunya setinggi gunung everest sekelip mata lebur tersunggul menyembah bumi. hati merintih, melaung, menangis atas kehilangan itu dan ada kalanya terdetik menyalahkan takdir yang memisahkan dua hati yang dulunya saling menyayangi. Namun, pernahkah kita memunasabah hari-hari yang telah dilalui bersama insan tercinta itu? Di mana letakknya iman apabila berduaan dengan sidia? di mana tercampaknya haram halal? . Bila di check ternyata bersama si dia bukanlah yang terbaik. mana tidaknya iman tercicir, dosa diraih, neraka dibooking. bila ingat Allah? apabila kesedihan melanda, masalah menghujan, hati disakiti barulah Allah dicari, Allah dipanggil. bagaimana pula islam? di mana letakknya agama? apabila cinta manusia di anggongkn, cinta diperjuangkan, cinta dijadikan matlamat utama kehidupan, islam hanyalah pada istisyarah dan istikharah.

Allah maha penyayang...melihat hanyutnya seorang hamba angkara cinta yang disemai, cepat-cepat Dia menarik kembali Hamba itu ke pangkuanNya agar tidak jauh dihanyut ombak cinta. Duhai hati yang sengsara, duhai jiwa yang kelukaan lantaran cinta ingatlah, sedarlah, bangunlah dan lihatlah bahawa perpisahan itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Bayangkan andai Allah membiarkan kite terus bergelumang dengan dosa angkara maksiat yang kita lakukan bagaimana agaknya nasib kita di akhirat nanti? andai malaikat maut datang untuk menjalankan tugasnya ketika belum sempat kita bertaubat, disaat kita sedang bersahabat baik dengan maksiat bagaimana agaknya penerimaan Allah terhadap roh kita? dimana selayaknya kita diakhirat kelak? mampukah dengan hitungan dosa dan maksiat itu kita meraih syurgaNya? tepuk dada tanya iman...

~ InsyaAllah bakal disambung... ~

# Syukran Ya Allah atas pengalaman ini. rayuku tetapkanlah imanku ini agar sejarah tak berulang lagi #

Saturday 5 November 2011

BERMULANYA SEBUAH PENGORBANAN

Dimana usulnya Aidiladha??...
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Siti Hajar berkata, "mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur, tapi kalau mimpi itu merupakan wahyu wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibuya, Ismail berkata kepada bapanya, "ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah swt, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."
 
Keesokan harinya Nabi Ibrahim membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Orang ramai mengetahui tentang berita Nabi Ibrahim hendak menyembelih puteranya. Orang ramai merasa takut dan mengatakan Nabi Ibrahim gila. Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah swt terhadapnya.

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, anaknya berkata, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkuh tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat pada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim melaksanakan perintah yang Allah swt perintahkan dalam mimpinya. Baginda mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Darah terpecik mengenai badan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menggeletar dan membuka penutup matanya. Nabi Ibrahim sangat terperanjat apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah swt, kedua-duanya berpelukan sambil bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksana amanat dari Allah swt.

"SALAM AIDILADHA"

Wednesday 19 October 2011

AURAT KITE, MARUAH KITE


Islam da mengangkat martabat kite kaum hawa.
Syarat, peraturan, suruhanNya bukan utk myusahkan.
Tapi untuk menjaga maruah kite.
Tingginye darjat kite di mata islam.
Tapi malangnye kite yg merendahkan martabat kte,
Syarat, peraturan, suruhanNya diketepikan.
Kenapa perlu myusahkan diri dlm berpakaian terutamanya.
Selesa ke pakai ketat2, nipis2, singkat2??
Islam melarang ade sebabnye, ade kesannye.
Islam bukan menyuruh utk MEMBALUT aurat tapi islam myuruh utk MENUTUP aurat.
Kesian kan kt kaum2 adam yg diantaranye ialah ayah, abang, adik, saudara dan BAKAL SUAMI kite. Mana taknye sana sini tayangan free ade.  Kesiannye mereka..tergugat iman mereka. Dosa lg dapat.  Bile da dosa yg kite dapat neraka la tempatnye..nauzubillah.. bagaimana pula kite yg mensponsorkan tayangan tu?? Jawapannye 2kali ganda dosa yg bakal kte dapat. Xde sape kan yg nk menempah neraka?? So, kalau SAYA, kamu, anda, dia, kite, kami, kalian sayangkan ayah, abang, adik, saudara dan suami jgn la kite memberi mereka tiket utk ke neraka. Tak perlu la nk menyeksikan diri kalau SAYA dan kalian tidak mahu terseksa di akhirat kelak.Hidup di dunia hanyala persinggahan. Akhirat jua yg abadi. Jom mencari titik perubahan. Tiada sesape yg dapat mengubah kite melainkan diri kte sendiri.  Takkan nk tunggu 2 tahun lg atau 10 tahun lg untuk berubah. SAYA dan kalian yakin ke kite masih d alam ini ketika itu?? Tepuk dada tanye iman… tujuan kite di alam persinggahan ini mengutip seberapa banyak ---> PAHALA . Kenapa perlu kumpul pahala?? Sebabnya --->SYURGA <--- ini la matlamat kite.

“Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kami hidayah dan taufiqMu sepanjang kami merantau di alam ini. Bukakanlah pintu hati kami kearah kebaikan dan kuncikanlah hati kami kearah kejahatan .  sesungguhnya kami hambaMu yang teramat membutukan pertolonganMu. Pandulah kami ke jalan yg Engkau redhai agar kami tidak tersasar dari landasan yang telah Engkau tetapkan. Amin…”

SIAPA DIA YA ALLAH???

MasyaAllah...indahnya perasaan yang Kau titipkan buatku. tak terucap indahnye nikmat perasaan yg Kau tanamkan pada sekeping hati ini. Ya Allah, andai aku la pemilik tulang rusuknya, kau suburkanlah perasaan ini dengan bersandarkan ketaqwaan kami terhadapMu agar hari-hari yang kami tempuhi tidak suram dan sepi. namun, andai bukan dia bakal imam yang akan membimbingku kelak, pintaku pudarkan la perasaan ini. sesungguhnya kekecewaan itu sangat perit untuk aku hambaMu yg lemah ini menghadapinya.
Ya Allah yang maha mengetahui...sekiranya aku mendapat pengganti kepada insan yang sebelum ini menjadi sebahagian dari hidupku, mohon dan rayuku agar Engkau menganugerahkan aku seorang hambaMu yang dapat mendorongku menjadi hamba yang taat kepadaMu.



Hadirnya tanpa aku sedari membuka pintu hatiku yang sengaja dikunci dari menerima insan lain setelah dikhianati. subhanaAllah...peribadinya mencuit hatiku untuk lebih mengenalinya serta bicaranya yang mampu mendamaikan jiwa ini. Ya Allah...jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.



Tuhanku yang maha penyayang...tiada kata yang dapat aku kalungkan buatMu tanda bersyukurnya aku terhadap hidayahMu. disaat aku hampir mula membuka hati ini, kau kejutkan aku dengan amaranMu tanda kasihMu terhadapku yang tidak mahu aku sekali lagi dikecewakan. Ya Allah..sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui dan memahami hati dan perasaan kami. andai aku tidak memahami perasaannya, aku memohon padaMu lapangkanlah nur untuk aku mengetahui dan mengerti perasaannya. dan andainya dia tidak memahami ape yang aku alami, pintaku Kau berikanlah pengertian itu buatnya. permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah...