Sunday 5 June 2011

khasiat Syifa'

Segala ubat berfungsi sebagai perantaraan atau asbab, dan usaha kite sebagai hamba Allah yang tetap yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t adalah musabab. Dan Allah lah yang menentukan kesembuhan seseorang. InsyaAllah selawat Syifa' juga boleh dijadikan amalan untuk menyembuhkan penyakit. Selawat Syifa' merupakan antara medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit..InsyaAllah.. Selawat ini boleh dibaca pada air atau ubat tradisional.

Maksudnya : 

" Ya Allah rahmatilah penghulu kami Muhammad, penyembuh, dan  pengubat bagi hati-hati, kesihatan badan serta kesejahteraan. Cahaya bagi penglihatan dan sinarannya. Kekuatan tubuh badan, roh-roh dan makanan dan keatas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya. Berilah kesejahteraan. "

Selawat syifa' ini amat berkhasiat jika diamalkan setiap hari. antaranya :

  • Menyihatkan jasmani dan rohani
  • Keselamatan di dunia dan akhirat
  • Hati menjadi terang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah
  • Tubuh badan menjadi kuat
* Jika dibaca 3 kali selepas solat 5 waktu, ia dapat menghilangkan kebuntuan dan susah hati. Jika dibaca pada air dan diminum insyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.

p/s buat diri sendiri & sahabat-sahabat : selamat beramal...

No comments:

Post a Comment