Saturday 5 November 2011

BERMULANYA SEBUAH PENGORBANAN

Dimana usulnya Aidiladha??...
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Siti Hajar berkata, "mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur, tapi kalau mimpi itu merupakan wahyu wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibuya, Ismail berkata kepada bapanya, "ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah swt, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."
 
Keesokan harinya Nabi Ibrahim membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Orang ramai mengetahui tentang berita Nabi Ibrahim hendak menyembelih puteranya. Orang ramai merasa takut dan mengatakan Nabi Ibrahim gila. Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah swt terhadapnya.

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, anaknya berkata, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkuh tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat pada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim melaksanakan perintah yang Allah swt perintahkan dalam mimpinya. Baginda mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Darah terpecik mengenai badan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menggeletar dan membuka penutup matanya. Nabi Ibrahim sangat terperanjat apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah swt, kedua-duanya berpelukan sambil bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksana amanat dari Allah swt.

"SALAM AIDILADHA"

No comments:

Post a Comment