Saturday 7 January 2012

LA TAHZAN (Ep. Bertabahlah Duhai Hati)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Suram, kelam, mendung..sesuram sekelam dan semendung gerimis di hati. tiada kata tiada lafaz yang dapat mengambarkan coraknya hati di kala ujian Allah bertamu. hanya manik-manik putih yang mampu menyapu pipi.hadirnya hanyalah sebagai isyarat pilunya hati, sepinya jiwa berkecainya perasaan dan tersungkurnya diri. masalah yang bertimpa, ujian yang menghujan membuatkan dada terasa amat sempit. dunia seolah-olah mahu saja dihentikan dari putaran paksinya. kita mencari dimana hilangnya kebahagiaan yang dulunya sering bertaut disisi. namun, bayang-bayang kebahagiaan pun tak dapat kite jejaki. inilah gambaran yang dapat divisualkan apabila Allah memanah tepat pada kelemahan manusia iaitu hati, perasaan, jiwa dan emosi.
Mengapa menanggis wahai diri? mengapa berduka duhai jiwa? jangan pernah merasakan Tuhan tak lagi endah, tak lagi sudi memandang dan tak lagi kasih kepada kita..ingatlah dan pujuklah jiwa yang kosong itu, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Apapun yang kita hadapi dalam hidup ini berusahalah untuk ikhlas dan harus ingat bahawa kite dihadapkan pada situasi di mana kita dapat melaluinya dengan kebajikan dan kesabaran. memang tidak dapat dinafikan kesabaran dan ketabahan sangat sukar untuk dilakukan dan musibah itu amatlah perit dan berat untuk dipikul. namun semailah benih keyakinan dalam diri kita yang lemah ini. yakinlah Allah akan menolong jika kita teguh dalam keyakinan. masih ingat lagi akan bait-bait ayat cinta Allah? " jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan sesungguhnya demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' iaitu orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan kembali kepadaNya. " (Al-Baqarah : 45-46).
Buat diri ini dan sahabat-sahabatku yang saat dan detik ini sedang di uji hebat oleh Pemilik nyawa kite, apepun bentuk ujian itu bergembiralah dan bersabarlah kerana ini membuktikan Allah masih sayang dan pedulikan kita. lantaran itu, Allah menitipkan kita berbagai onak dan duri dalam meniti kehidupan yang singkat ini supaya kite menjadi kuat, mulia, hebat dihadapanNya dan kerana Allah lebih tahu apabila Dia memanah tepat disudut kelemahan kita, kita dengan sendirinya mencari pencipta kita. subhanaAllah...

Moga ape yang disampaikan bermanfaat buat saudara/saudari yang membaca dan moga diri ini juga memperoleh manfaatnya kerana diri ini juga insan yang lemah.. WaAllahualam...

No comments:

Post a Comment