Thursday 22 March 2012

Bermulanya Sebuah Usrah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, mukadimah bicara bertaut lagi setelah sekian lama terkunci sepi. Alhamdulillah diberi kesempatan yang maha kuasa untuk berbicara tanpa suara di alam siber. insyaAllah entry kali ini dan berikutnya akan ana selitkan sedikit perkongsian mengenai pengisian ana bersama sahabat-sahabat ana dalam usrah kami. insyaAllah setiap hari khamis akan kami bersua untuk sebuah usrah dan pengisian tersebut akan ana titipkan diteratak ana yang serba kekurangan ini. moga segala bagai yang bakal ana publishkan menjadi satu peringatan serta ilmu yang bermanfaat buat ana dan sahabat-sahabat sekalian..

Usrah..apa itu usrah? apa kaitan usrah dan Islam? mengapa perlunya usrah? mungkin antara kita biasa mendengarnya tapi tidak biasa mempraktikkan. Dalam bahasa arab usrah bermaksud keluarga. Usrah merupakan keluarga yang bersama-sama memahami dan menghayati islam. walau hanya sepatah kata namun disebalik kata U S R A H itu tersingkap berjuta kebaikan. antara yang tersirat dibalik pertemuan usrah yang pada ana jelas terbukti adalah mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli usrah dan menimbulkan sifat 'cakna' terhadap islam. subhanallah..jujur ana akui usrah itu sangat sweet.Rukun Usrah :
     1. Taaruf (berkenalan)
Taaruf merupakan rukun usrah yang pertama. sahabat-sahabat usrah perlu menyemai perasaan kasih dan sayang sesama ahli dengan bersandarkan kerana Allah agar ukhuwah yang terbina adalah ukhuwah sejati yang diredhai Allah s.w.t
     2. Tafahum (bersefahaman)
saling memahami antara sahabat. ingat mengingati menjadi santapan agar keluarga yang terbina kian gah dilandasan yang lurus. Rakan yang dinasihati perlu bersikap terbuka dan menerima teguran secara positif serta pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya terlalu perfect. saling menutupi aib sahabat dan menegur khilaf sesama sahabat itu yang dituntut.
     3. Takaful (saling membantu)
Tafakul merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwah sejati. tafakul boleh digambarkan dengan cara menolong meringankan beban sahabat. misalnya menzahirkan dengan membantu sahabat melakukan kebajikan, bertanya khabar,menziarahi, menolong sedaya yang mampu dan lain-lain. 

Alhamdulillah..serba sedikit tentang Usrah. mungkin tidak secara terperinci tapi mungkin dapat difahami. insyaAllah.. sekian untuk detik ini. wassalam..

1 comment:

  1. usrah itu medium pembentukan afradul muslimin [individu2 islam] yang faham islam..dan nak meninggikan islam di muka bumi ni...
    usrah diikat dengan bonding ukhwah fillah...menjdi akrab seperti sebuah keluarga...
    blog yg menarik..teruskan...

    ReplyDelete