Saturday 30 April 2011

Malaikat Maut merenung wajah kite sebanyak 70 kali dlm mase 24jam

kadang-kadang "sesuatu" itu kite tahu dan kite mengerti tapi mungkin kite terlepas pandang atau mungkin terlupa tuk menghayati. ape salahnya kite sesama islam saling berkongsi saling mengingat dengan 1 tujuan beramai-ramai menghuni syurga idaman. matlamat kite hanya 1 iaitu syurga. rite? so jom la kite mencari dan menerangi jalan menuju syurga itu. salah 1 caranya jom ramai-ramai kite mengetuk pintu hati kawan-kawan kite untuk saling ingat mengingati agar kite tidak hanyut d buai mimpi. apabile hanyut oleh ombak dunia, kite akan sesat mencari jalan syurga dan yang terbentang luas jalan ke neraka. nauzubillah..semoga kite & saudara-saudara seislam kite tidak tersesat. so, jom la kite ingat mengingati supaya tak sesat (dengan kata lain hilang punca)...disini saya ingin berkongsi dengan harapan perkongsian ini mampu mengetuk pintu hati kawan-kawan sekalian. sedar atau tidak, dalam masa 24jam sebanyak 70 kali malaikat maut iaitu Izrail melihat dan merenung wajah kite. kalaulah kite dapat melihat perbuatan Izrail pasti setiap detik kite akan mengingati kematian. tetapi malaikat maut makhluk ghaib, manusia tak dapat melihat kehadirannya. tak hairanlah kalau setiap kali Izrail memandang wajah kite, kite mampu bersenang lenang, bergelak ketawa seolah- olah kite sudah bersedia untuk di jemput oleh malaikat maut untuk mengadap yang Maha Esa. sedangkan bekalan kite yang ade hanya sebesar zarah. 
hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
kite sering mengaitkan kematian dengan suatu tragedi.
A :  kenapa C meninggal?
B : C xcident kt bandar petang tadi / dah lame C sakit, dia meninggal pun sebab penyakit tu. 
 kite tak sedar sebenarnye malaikat maut berlegar-legar di sekeliling kite untuk mencabut nyawa kite. apabila sampai waktunya tanpa berlengah sesaat pun malaikat maut akan menjalankan tugasnya. tak kira dalam ape keadaan pun kite pada ketika itu.
malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit je, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. malah orang yang sedang lena tidur atau beristirehat pun boleh d jemput oleh malaikat maut. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau dalam kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
kesakitan, malapetaka dan lain-lain hanyalah penyebab kemtian seseorang. Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. 
Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang dalam kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
Ya Tuhanku Yang Maha Mengetahui... andai kami ditakdirkan meninggalkan bumiMu ini tuk kembali kepadaMu, ambillah nyawa kami dalam keadaan kami beriman & bertakwa kepadaMu. dan berilah kekuatan kepada keluarga kami untuk menerima qada' & qadarMu. Ya Tuhanku Yang Maha Mendengar...persiapkanlah diri kami untuk menemuiMu agar kami tidak tergolong dalam kalangan hamba-hambaMu yg rugi dunia & akhirat. amin... 
(semoga kite sentiasa di redup oleh taufik & hidayahNya)

No comments:

Post a Comment