Tuesday 5 April 2011

Ya Allah...

Ya Tuhanku..tolonglah aku,
dekatkanlah hatiku kepada hatinya Ya Allah,
ya Tuhanku..tolonglah aku,
payungilah aku dari sifat cemburu yang keterlaluan,
aku ingin jauh dari sifat itu,
kerana aku sedar sifatku itu memakan diriku sendiri,
namun aku tiada kekuatan untuk menyelamatkan diri,
seolah-olah aku lemas dipukul ombak.


Ya Tuhanku..titipkanlah sifat memahami di lubuk hatinya,
supaya dia faham keadaanku yang lemas ini,
agar dia redha menerima ku,
Ya Tuhanku..tidak aku pinta kekurangan diri ini,
dan tidak juga aku menyalahkanMu yang menciptaku sebegini,
serta membekalkanku dengan sifat-sifat ini,
aku hanya ingin memohon merayu,
bantulah aku mengurus segala kekurangan ku ini,
sesungguhnya aku tidak ingin kehilangannya,
aku yakin Engkau mengetahui isi hatiku,
tolonglah aku wahai penciptaku,
pandulah hambaMu yang kerdil ini.


Ya Tuhanku.. hidup dan matiku hanya untukMu,
namun fitrah yg Kau semaikan ini memerlukan aku seorang teman,
Ya Tuhanku..sesungguhnya aku tersangat berharap agar jodohku dan si dia berpanjangan hingga ke akhirat,
oleh itu dengan rase rendah dirinya aku merayu kepadaMu,
kuatkanlah hatinya kepada hatiku,
pertahankanlah hubungan kami,
jauhkanlah kami dari di usik pertelingkahan,
agar istana mahligai kami utuh berdiri,
supaya masjid yang bakal kami dirikan gah terbentang.


Ya Tuhanku..halalkanlah hubungan kami,
dengan menyatukan kami bersama ingatan yang sah,
pandulah kami ke destinasi yang Engkau redhai,
Ya Tuhanku..sesungguhnya tidak ku tahu siapa jodohku,
dengan harapan yang menggunung,
aku memohon titipkanlah dia sebagai jodohku,
wakilkanlah dia menjadi imamku,
Ya Tuhanku, hanya Engkau yang maha mengetahui betapa tingginya harapanku padanya,
aku memohon janganlah kecewakan aku,
aku bukanlah hambaMu yang layak memohon sesuatu dariMu,
namun keterbatasanku menyeru aku merayu kepadaMu Ya Tuhanku.


Ya Tuhanku..aku bersyukur dengan kurniaan yang Engkau hulurkan padaku,
dan ingin sekali aku membalas jasaMu,
Ya Tuhanku..sesungguhnya aku teramat menyayangiMu,
sehinggakan aku takut dan sedih bila terasa diri ini jauh dariMu,
Ya Tuhanku..jauhkanlah aku dari bisikkan syaitan yang meyesatkan,
sesungguhnya aku ingin sentiasa berada di sampingMu,
ketuklah hatiku di kala aku di ulik mimpi,
lemahnya imanku menyasarkanku dari landasanMu,
oleh itu payungilah aku agar aku tidak tersasar,
kerana aku mahu menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.    

No comments:

Post a Comment